Wednesday, October 12, 2011

Empty yet flowery

Keseronokan tidur di waktu pagi terganggu tatkala Tikah mengetuk pintu bilik untuk mengejutkan aku dan Farah ke kuliah pagi. Dalam hati sudahku berkira-kira untuk tidak hadir ke kuliah pagi ini. Mata kembali ke pejam namun, bunyi pintu bilik dibuka telah menghampakan hasrat hati untuk menyambung keseronokan mimpi di waktu pagi nan dingin. kusangka Farah juga tidak berasa ingin ke kelas tapi sangkaan ku meleset. Aku dengan malas sambil menggeliat asyik, bangun juga akhirnya. Rambut kusisir perlahan sementara menanti Farah siap bersiram. Dalam terpaksa, air shower yang hampir membekukan urat sarafku sampai juga ke kepala. Dalam menggigil kesejukan, berjaya juga aku menggosok badanku dengan mandian yang hanya membilang hari untuk habis. Baju kurung polka dot putih hitam kusarungkan ke badan. Agak selesa dan nyaman setelah tubuhku dibaluti nipis bedak badan. Farah kembali dengan dua bungkus kue tiow goreng di tangan. dalam kelewatan untuk ke kelas, sempat juga kami menjamah sarapan pagi hari ini. Bagi diri ku, sarapan pagi itu adalah kunci kepada kesegaran minda aku di pagi hari. Langkah kuhayun penuh  malas, namun berjaya juga sampai di bilik kuliah. Kuliah yang amat membosankan memaksa otakku untuk mencipta angan baru dengan membebaskan fikiran aku daripada terperuk di dalam bilik kuliah tersebut. Dek kerana idea angan-angan tidak berapa power, aku keluarkan mp3 kesayangan lalu earfhone kubawa ke kedua-dua belah telinga. Lagu-lagu greenday asyik membuai aku ke alam yang tidak mampu sesiapa cerobohi. Hanya aku dan mereka yang aku ingin bayangkan. Bila kelas ditamatkan, aku antara orang-orang yang terawal bangun melangkah keluar dari dewan kuliah. Dewan kuliah yang seperti di gunung everest kusangkakan itu oleh kerana aircond yang sungguh sejuk dan membuatkan aku mengantuk cepat-cepat ku tinggalkan. Ada beberapa lelaki yang menegur, membuat macam-macam jenis bunyi, berharap kami memberi perhatian kepada mereka. Maaf, saya bukan sombong, jauh sekali perasan. Hari ini penuh dengan kekosongan. Cerita kehidupan masih terus berjalan, tidak berhenti, tidak putus, tidak pula tersekat dimana-mana....