RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan
Tarikh :
22 April 2013
Hari :
Isnin
Tingkatan :
5A
Bilangan pelajar :
30 orang
Masa :
10.00 hingga 10.30 pagi ( 30 minit )
Tajuk :
Bab11 (Syarikat Berhad)
Tajuk kecil :
Penubuhan Syarikat Berhad
Objektif :
Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
1.
Menyatakan maksud syarikat berhad
2.
Menerangkan ciri-ciri syarikat berhad
Pengetahuan sedia ada : Pelajar sudah mengetahui beberapa jenis milikan
perniagaan yang dipelajari dalam bab 1 dimana syarikat berhad merupakan salah
satu jenis milikan tersebut.
Alat Bantu Mengajar : Video, power point, kertas soalan,
Nilai murni :
Patuh arahan, berani, yakin diri, beri perhatian, menjawab soalan
dengan tepat dan menggunakan masa dengan betul, dan menghormati guru.
KBKK :
Menghubungkait
Langkah/Masa
|
Isi kandungan
|
Aktiviti
P&P
|
Strategi, kaedah, ABM, Nilai, KBKK
|
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti
pelajar
|
|||
Set Induksi/ 3 minit
|
Permulaan
Menayangkan video berkaitan syarikat berhad
|
Meminta para pelajar memahami video yang ditayangkan
Meminta pelajar menghubungkait video tersebut dengan apa yang
akan dipelajari
|
Pelajar menonton video
Beberapa pelajar menyatakan pemahaman mereka mengenai video serta
tajuk yang bakal dipelajari
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar
Kaedah:
Induktif
ABM:
Video pendek
Nilai:
menghormati guru, patuh arahan, berkeyakinan
KBKK:
Menghubungkait dengan pelajaran
|
Langkah 1/ 14 minit
|
Penyampaian guru:
Maksud dan penerangan ringkas tentang :
syarikat berhad
-milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu
dimana liabilitinya setakat modal yang dimilikinya sahaja.
ciri-ciri syarikat berhad berserta dengan perbezaan kedua-dua
jenis syarikat berhad
-liabiliti yang terhad, entity berasingan, matlamat, hayat yang
berterusan dan dasar syarikat
-bilangan ahli, pemilikan saham, pindah millik saham, status
saham, laporan kewangan, mesyuarat agung tahunan.
|
Menerangkan maksud syarikat berhad menggunakan nota slide.
Menerangkan secara ringkas menggunakan papan putih berkenaan
dengan syarikat berhad dan meminta pelajar membuat catatan.
Menerangkan beberapa ciri syarikat berhad dan jenis syarikat
berhad serta perbezaannya melalui slide yang ditayangkan.
|
Mendengar penjelasan guru.
Memberi tumpuan serta membuat catatan ringkas.
Mendengar penerangan guru.
|
Strategi:
Berpusatkan guru
Kaedah:
Penerangan
ABM:
Power point
Nilai:
Beri perhatian, patuh arahan
KBKK:
-
|
Langkah 2/ 10 minit
|
Latiahan dan penilaian
Menjawab beberapa soalan edaran
Perbincangan jawapan.
|
Guru mengedarkan kertas soalan.
Guru memberi arahan menjawab soalan kepada pelajar.
Guru membuat perbincangan jawapan dengan pelajar
|
Pelajar menerima kertas soalan.
Pelajar mendengar arahan dan menjawab soalan-soalan tersebut
Pelajar membuat perbincangan jawapan dengan guru.
|
Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar
Kaedah:
Kooperatif serta penilaian.
ABM:
Kertas soalan, power point
Nilai:
Menjawab soalan dengan tepat dan menggunakan masa dengan betul
KBKK:
Berbincang
|
Rumusan /3 minit
|
Kesimpulan
|
Guru meminta wakil daripada pelajar untuk memberikan refleksi.
|
Pelajar memberi respon.
|
Strategi:
Berpusatkan pelajar
Kaedah:
Refleksi
Nilai:
Patuh arahan, berani, yakin diri
KBKK:
Dapat membuat refleksi
|