Friday, July 5, 2013

Baktisiswa untuk anak bangsa, Ijok Selama Perak

 Minggu lepas 27 Jun sampai 30 Jun 2013, saya dan kawan-kawan join satu program baktisiswa bertempat di Ijok, Selama, Perak. Pogram ni memerlukan kami buat satu pogram motivasi untuk budak-budak sekolah rendah. Pogram ni adalah kerjasama antara UPSI dan Sek Keb Sungai Jernih berserta orang-orang kampung tu lah. Seriously nak cakap, sepanjang kami berada kat sana, banyak sangat-sangat pengalaman untuk dikenang dan dijadikan pengajaran....
Ni pic masa brenti rehat dalam perjalanan ke kampung Ijok. Macam biasa lah, gambar kat toilet adalah feveret sume orang, maklum lah ada crmin...Tapi, i xde kat situ.. :( Tak tau p mane. Oh, Masa ni I dah pergi food court cari makan, lapar sangat. Hehehehe.....


 gambar ramai-ramai satu kemestian, baru lah nampak kegembiraan dan keseronokan tu. Kami semua 22 orang kalo tak silap. Semua dari fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Semua semester 6 kecuali 3 orang kakak senior sem 8. We're like one big family <3
Top quizzer...heheh....mampu ke??? Tak :( Ni kire rajin sangat-sangat sebab dalam bas pon stadi. Stadi sebab after pogram dekat Ijok , ada quiz tournament pasal financial planning anjuran MFPC dekat UUM.  Kena la rajin-rajin sikit, harapan la katekan.kakakaka....RM6000 kot... :p
 See?? Punye lah kene baca satu file yang tebal gile tu. Dah la dapat last minit, camane nak menang...I wonder... Berharap sajekah?
 Bersama Kak Ayu dan Kak Paah tercayang ^^

Sebelum pergi sana, Liya selaku boss program ni cakap kat sane ada line celcom je... Dengar Liya cakap camtu , sume dah saling pandang memandang dah. Nampak sangat lah kan kampung tu camane... Tapi sampai-sampai je kat kampung tu, hah, semua line tak de! Terputus hubungan lah dengan dunia luar...... :(
 Dah sampai sane, dengar la sepatah dua kata dari orang-orang penting. Lepas tu tiba lah masa penyerahan anak angkat. My name was the lucky number one yang dipanggil. :) Nama daddy angkat I, Norizan. Tersengih Encik Norizan kat blakang tu, ingat I jadi anak angkat dia. Nak ke?huhuhu.... (Tapi ni pic Farah dengan mak angkat dia)

Malam 1st tu duk ngan family angkat je , xde apa-apa aktiviti. I tengok tv je ngan makan je keje. Nak tolong mak angkat masak tak reti. Mak kata xpe, pegi je tengok tv. Lepas makan, kite nak basuh pinggan pon mak tak bagi. Kite manjeeeee ^^
Rumah kite kat atas bukit, so ada la line maxis ngn celcom kejap2...Tu pon kalau nak reply mcg, xleh pegang fon..static je fon tu... sorry la sayang-sayang semua, tak boleh reply mcg :p

Pagi 28 Jun p bekumpul kat kantin sekolah, discuss sket2 untuk pogram yang stat petang ni. Dah abis meeting, snap lah, ape lagi..ngeee~
Dah petang, budak-budak mai reg...Tak berape nak formal. nampak macam xsaited je dorang....Mampu ke jaga budak-budak ni.....jawapan nye, tak mampu. Budak-budak buli kiute :(
Kakak-kakak fesi beratur nak kenalkan diri masing-masing...  hai adik-adik, adik-adik boleh panggil kakak, kak Cun. :)
Dah dapat kumpulan masing-masing, adik-adik kene lah duk dalam kumpulan tu . nanti ada kakak fesi jaga setiap kumpulan, okey ? :)


Dah malam, ada aktiviti yang kene lukis-lukis...tengok la yang pakai tudung polka dot oren tu, macam mana la dia boleh p duk kat group tu. Budak-budak group tu lah yang paling nakal dan suke kena kan orang. Boleh dia kate kak cun xmandi lagi. geram nak cubit2 tau! mastermind nye pakai baju biru tu ....grrrrr............
Dia nak bergambar, kite bagi jelah...Kak Farah, sama-sama kene buli ngan adik-adik... Tak faham kenape adik-adik comei ni berani ngan kite, kite senyum manis sangat ke ek???
Mereka ni budak baik-baik, comeiii je sume. Tapi nakal tu memang ade lah.
Kak zira atau lebih manja dipanggil kak Ton. comel tak kak Ton....heheheh
Guru ku tersayang, guru ku tercinta~lalalal~ comel2 je sume bila nyanyi lagu ni. co cweeettttt.....

Bile dah hepi-hepi pagi tadi, hah amibik kau, nanges sume budak-budak. Psiko betol kak fesi buat adik-adik kite ni nanges. Sape yeee kak fesi tu...hehehe....Insaf sume adik-adik kene lecture ngn kak Syuk. Tahniah kak sbb berjaya buat budak-budak nangis. Tak kire laki pompuan, kecik besa, nanges . Kalau I yang handle slot tu, dorang gelak-gelak, I pulak kot yang nangis.
 Petang aktiviti buat menara pulak. Kreatif-kreatif je sume. I masa ni jadi dj je, xreti nak bagi idea kreatif kat adik-adik....
Kak Poji ni, cantik lah, macam budak-budak tu jugak. Spek dah same dah tu. Adik pakai spek ni la peserta lelaki terbaik pogram ni. Nampak skema dengan spek je, nakal nye aku ngan Farah je tau. Petang ni ada round-round kampung dengan budak-budak ni. Pusing kampung bukan stakat pakai jalan tar, dalam sungai pon jadi. Menyusuri sungai sampai blakang sekolah. Habis basah baju I youuu...Budak-budak jahat, dorang mandikan kite. Very the nakal....Kakak2 lain dorang tak berani pulak nak buat camtu.ishk!

Amboi mereka, tak reti nk ajak kite pon bergambar.....

Muka-muka nakal........
Kan dah ayu, maklum lah hari last kat sini. Dah nk berpisah dengan mak mak angkat, ayah ayah angkat, adik adik angkat sume.....
yang kecik anak ustaz kat sekolah ni. Ingat senyap je orang nye, tapi dah hari last ni baru nampak nakal nye same aje. Ingat abang dia je yang nakal, dia pon same aje....budak-budak....yang besar tu very the bermaslah, suke lawan cakap orang .tapi berjaya jugak kami-kami buat dia bagi kerjasama yang baik, sampai nangis masa slot yang sedih2 tu....hebat betol kami :p
Biar lah, I pon nak jugak :)
Eh, nampak kurus lah baju hijau ^^
Mesti kurindukan budak-budak ni nanti. Biar lah kene buli ke ape, tetap seronok.
Qaseh nama nye, sooooo bolat!
Adik-adik ku tersayang <3
 Jangan sedih-sedih, ada jodoh kita jumpa lagi.... :(


 Our family, I'm just adopted.
 Dengan adik beradik sume.. I kakak sulong....^^
 Nampak kecik dan pendek, bila duk sebelah macam ni, ha , tinggi kau!
Beloved adopted mother and father. lots of love, till we meet again <3














Monday, June 24, 2013

Lirik lagu Bulan 8 di Sandakan

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Ku terkenang raut wajah
Bila pejam mata
Tawa jiwa ubat luka
Ingat dikau yang di sana
Lagu ini khasku gubah
Untuk mu oh sayang

Oooo...
Hatiku mulai bosan
Rinduku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halau ku pulang
Bulan lapan di sandakan

Kisah mula dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Rasa indah dalam jiwa
Dan bila ku pejam mata
Rasa rindu tak terkira
Fikiran ku mau gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini khas ku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi indah dalam jiwa
Bila kenang kisah lalu
Satu cara yang ku buat
Cipta lagu untukmu ..oh sayang

Oooo...
Hati ku mulai bosan
Rindu ku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halau ku pulang
Bulan lapan di sandakan

Kisah duka dulu kala
Bila hati jatuh cinta
Rasa resah dalam jiwa
Nanti aku pejam mata
Rasa rindu tak terkira
Fikiran ku mau gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini khas ku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi indah dalam jiwa
Bila kenang kisah lalu
Satu cara yang ku buat
Cipta lagu untukmu ..oh sayang

Oooo...
Hati ku mulai bosan
Rindu ku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halau ku pulang
Bulan lapan di sandakan

Dengarlah....
Oh sayangku
Aku cinta padamu
Cinta ku hanya satu
Kau pun tahu
Ini sekadar lagu
Jangan terus cemburu
Jeliknya lah rupa mu siapa mau..

Oooo...
Hati ku mulai bosan
Rindu ku padamu bulan
Kemudiannya ku datang

Oooo...
Ku sangka kau riang
Rupanya halau ku pulang
Bulan lapan di sandakan

Bulan lapan di sandakan
Bulan lapan di sandakan

Friday, June 14, 2013

Lagu bagus

layan lagu dia yang sangat seronok untuk didengar. lagu best dan suara pon best. <3

klik this link kalau nak feeling:

Bulan 8 di Sandakan-cover by Ameer

sebenarnya lagu ni ada video yang tuan dia nyanyi. Tapi dia upload dekat fb je, aku tak boleh nk download. so aku record je dan buat video then upload kat youtube....sorry  ea awak :)

Thursday, May 30, 2013

Rancanagn Pengajaran Harian Prinsip Perakaunan Bab 11



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran                        : Prinsip Perakaunan
Tarikh                                      : 22 April 2013 
Hari                                         : Isnin
Tingkatan                                : 5A
Bilangan pelajar                      : 30 orang
Masa                                        : 10.00 hingga 10.30 pagi ( 30 minit )
Tajuk                                       : Bab11 (Syarikat Berhad)
Tajuk kecil                               : Penubuhan Syarikat Berhad
Objektif                                   : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
1.      Menyatakan maksud syarikat berhad
2.      Menerangkan ciri-ciri syarikat berhad
Pengetahuan sedia ada            : Pelajar sudah mengetahui beberapa jenis milikan perniagaan yang dipelajari dalam bab 1 dimana syarikat berhad merupakan salah satu jenis milikan tersebut.
Alat Bantu Mengajar              : Video, power point, kertas soalan,
Nilai murni                              : Patuh arahan, berani, yakin diri, beri perhatian, menjawab soalan dengan tepat dan menggunakan masa dengan betul, dan menghormati guru.
KBKK                                                : Menghubungkait



Langkah/Masa
Isi kandungan
Aktiviti P&P
Strategi, kaedah, ABM, Nilai, KBKK
Aktiviti guru
Aktiviti pelajar
Set Induksi/ 3 minit
Permulaan

Menayangkan video berkaitan syarikat berhad


Meminta para pelajar memahami video yang ditayangkan

Meminta pelajar menghubungkait video tersebut dengan apa yang akan dipelajari



Pelajar menonton video



Beberapa pelajar menyatakan pemahaman mereka mengenai video serta tajuk yang bakal dipelajari
Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:
Induktif

ABM:
Video pendek

Nilai:
menghormati guru, patuh arahan, berkeyakinan

KBKK:
Menghubungkait dengan pelajaran
Langkah 1/ 14 minit
Penyampaian guru:

Maksud dan penerangan ringkas tentang :

syarikat berhad
-milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu dimana liabilitinya setakat modal yang dimilikinya sahaja.

ciri-ciri syarikat berhad berserta dengan perbezaan kedua-dua jenis syarikat berhad
-liabiliti yang terhad, entity berasingan, matlamat, hayat yang berterusan dan dasar syarikat
-bilangan ahli, pemilikan saham, pindah millik saham, status saham, laporan kewangan, mesyuarat agung tahunan.
Menerangkan maksud syarikat berhad menggunakan nota slide.

Menerangkan secara ringkas menggunakan papan putih berkenaan dengan syarikat berhad dan meminta pelajar membuat catatan.

Menerangkan beberapa ciri syarikat berhad dan jenis syarikat berhad serta perbezaannya melalui slide yang ditayangkan.
Mendengar  penjelasan guru.


Memberi tumpuan serta membuat catatan ringkas.





Mendengar penerangan guru.
Strategi:
Berpusatkan guru

Kaedah:
Penerangan

ABM:
Power point

Nilai:
Beri perhatian, patuh arahan

KBKK:
-
Langkah 2/ 10 minit
Latiahan dan penilaian

Menjawab beberapa soalan edaran

Perbincangan jawapan.
Guru mengedarkan kertas soalan.

Guru memberi arahan menjawab soalan kepada pelajar.

Guru membuat perbincangan jawapan dengan pelajar
Pelajar menerima kertas soalan.

Pelajar mendengar arahan dan menjawab soalan-soalan tersebut

Pelajar membuat perbincangan jawapan dengan guru.
Strategi:
Berpusatkan guru dan pelajar

Kaedah:
Kooperatif serta penilaian.

ABM:
Kertas soalan, power point

Nilai:
Menjawab soalan dengan tepat dan menggunakan masa dengan betul

KBKK:
Berbincang
Rumusan /3 minit
Kesimpulan
Guru meminta wakil daripada pelajar untuk memberikan refleksi.
Pelajar memberi respon.
Strategi:
Berpusatkan pelajar

Kaedah:
Refleksi

Nilai:
Patuh arahan, berani, yakin diri

KBKK:
Dapat membuat refleksi