Thursday, April 25, 2013

Dean's Award

Sape tak bangga dapat anugerah dekan kan? Kena bersusah payah dulu blaja baru dapat, ingat senang2 ke dekan nk bagi anugerah tu kat kite..Malam semalam kitorang join malam anugerah dekan bertempat di dewan KUO UPSI yang bertemakan kampung style. Ramai yang pakai ala-ala orang kampung. Semestinya kain batik atau kain pelikat yang dipakai. Saya takde kain batik/sarong, so saya cari baju yang ada corak batik aje la. Nasib baik ada baju kebaya kain batik, pakai aje lah...
Ni gambar diorang, saya tak de sebab saya dari rumah yang lain. So, kitorang tak pergi ke sane same2 la. Ni pic masa kat rumah lagi, beria aje. Mesti amik gambar depan cermin sbb nak cukup kan semua ada dlm satu gambar ni. Yang berkain batik coklat tu ye2 aje pakai kain batik kat kepala, kua rumah terus cabut balik...:p

Diorang pergi naik bas, tapi saya dengan Farah merempit.hehehehe...walaupun pakai kebaya tetap bawak motor, kelasss mak.haha...

 Baru je sampai, terus join mereka2 ni tangkap gambar dengan prop. Entah motor sape la dorang rembat buat naik ke dewan ni, siap pakaikan lampu kelip2 lagi tu. Yang kebaya kuning kat belakang tu dah macam kena sumpah je I tengok.hehe...
  Macam bosan je malam dekan ni. I datang nak seronok2, tp macam rasa kosong je. Macam ada yang kurang. Tak tahu pulak apa. Datang majlis macam ni boleh increase kita punye sosial level, tapi macam tak je....


 Mai aii..ayu nye wanita ini. Anak sape la ni agaknye.. Siap berselendang lagi tu, jarang2 je ni tau boleh tengok dia berselendang macam ni. Chantek!
 Ini namanya Nur Atikah, budak paling kecik antara kami. Amat sesuai dengan tarikh dia lahir pon bulan Disember. Si cantik ni kecik2 pon dah berpunya okey. Bakal adik ipar aku la ni kot, sebab bf dia da macam adik aku la rasanya...hehehe..

 Penat dah saya bergaya seayu mungkin. Tapi bila bergambar je dengan wanita ini, mesti kalah terok. Dia nak jugak jadi lagi ayu dari saya.eeiii, geram tau!
 Ni lagi sorang gadis melayu terakhir. Baju kurung songket dengan gabungan kain batik di kepala memang amat sesuai. Lagi2 tuan punya badan memang ayu dan lemah lembut. Tak terpikat ke tengok wahai cik abang?:)
 Lepas register kehadiran tadi dapat epal sebiji sorang. Mungkin yang kat tengah tu tak dapat kot, sebb tu muka macam jeles gile tengok orang duk main2 dengan epal. Siap la, kejap lagi mesti kena rembat punye epal tu oleh si Wawa..hahahah....
 Orang taknak epal pon dia nak jugak bagi. Manja betol. ^^
nampak tak hamper kat depan tu...last2 masa dah nak balik baru la dipanggil nama salah seorang dari kami. ada la jugak rezeki malam ni, but not me la...still tak ada tuah. Nasib la....:(
 Last but not least, pic with the dean's certificates. Masing2 dapat dua sorang. Love!


Headaches

 
 It came again! It is really really hurt, like I can't stand it anymore. It's late at night, I searched for the paracetamol but just my bad luck I found nothing inside the refrigerator, inside my bag of things. The headache is really make me feel like dying. I can't sleep, I can't sit peacefully, I can't do nothing right. I cried, alone. No one cares. No one even knows I'm sick of this pain. Normally when I got headaches, I just rest a bit and the pain will gone, without taking any pills. But, when I started to search for the pills, that's mean, I really really can't stand it anymore. The headaches, is hurting my head, my eyes, my cheeks, and my whole face feel aches. It came last night and last night I suffer almost a whole night before I can sleep. Today, the pain is still there, but not too much like last night. Because today the pain is not much like last night, I didn't take any pills like I promise to my BFF last night. I googling the type of headaches. And this is the result... I think I'm in the stage of fourth, means migraine. because the pain is feel all over my face. Sometimes, I also experienced the changes of visual. But not last night. If I am not in the migraine category, I think I have the Cluster because when I got headache, my eyeball felt like want to yank out. Want to check whether I have migrain or not, I found this ...
Well... I don't think I was in stage 1 because I didn't feel that I lack of appetite. Never. Always feel want to eat. Stage 2 ,yes! I always seeing flashing light! Always! Loss of half of the visual range, I know how it feel. Lasting to three days?? stage 3,Today is the second day the headaches stick on me.I wonder how I feel tomorrow... OMG! speech difficulties. No wonder la this morning I can't talk smoothly when I'm doing the macro teaching... Ya Allah, I don't want that 'migraine hangover'. Two days is enough to test me. I know that I'm all yours, and you did not give me the test that I can't stand. May I will always be in good condition and live in Your bless. Aminnn....

Saturday, April 20, 2013

Mandi Manda

Semalam I dengan kawan-kawan pergi mandi sungai. super duper best syiott...jangan jelez lah sape tak pergi... Yang pergi jumpa pakwe tu, memang miss lah peluang seronok macam ni, rugi betol..hahaha....
sebelum mandi sungai kena la pose dulu dekat area chantik ni. kena bayar RM3 tak kan cuma untuk guna toilet dengan tempat mandi je kn?macam rugi je kalau tak bergambar banyak2...
ni area chalet, kitorang tak check in pon..kalau check in kan seronok.heheh...tak tau pulak brape ringgit. Teringin pulak rasa nk check in tempat2 macam ni.Boley hilangkan stress..hehe.stress la sgt kan. belajar ni aku rasa tak stress sgt pon..mengade je orang2 yg ckp belajar smp stress tuh...
haa..ni pulak makanan yang dibawa sebagai bekalan kepada perut yang akan menyanyi nyanyi minta diisi masa main air nanti..tapi x sempat2 nk main air pon sume pakat duk redah makan mende2 ni...nasi goreng dengan megi goreng yang dimasak oleh chef2 hebat rumah sewa kami.and I am one of the chef la..I goreng megi, and budak2 ni makan sampai licin. Tak sangka U, masak xsedap pon.sebab memang tak reti...keh2...lauk pauk dan ayam goreng tu I sponsor okey.hehe...
okeh, Air yang dibawa pulak air A&W dan 7up. errr..aku minum banyak sangat air ni smpai rase nk ter---- dalam air, tp tak buat macam tu okey! yang penting, try tengok dalam balang appolo tu..haaa..tu makann ringan yang dibawa dari rumah yang telah lama duk bertapa kat rumah tanpa disentuh sesiapa. so, time2 macam ni la masa sesuai untuk habiskan nya.hahaha....


dah lepas makan sume, tiba lah masa untuk mandi manda..ooohhh...tak terkata macam mana nak cerita keseronokannya.air yang sungguh sejuk pon dah tak heran, ketaq2 pon hentam sajalah dah excited giler nak main air....
hahahahaa...macam2 gaya.blow you a kiss.ambik lah nk yang mana...kih3....
erkkk.....
dalam air pon sempat main benda ni..korang tau main ape?cak klepik klepuk klepa..keh3....
haaa...kan dah kene..yang kalah main tadi ke ni?heeeeeee........
disebabkan makanan yang dibawa tadi tidak mencukupi, kami disajikan dengan batu sungai...erkkk...
OMG ada orang nak hanyut...luckily ada I yang jadi the savior...selamat semuanya.tak de yang lemas, tak de hanyut.yang terjelepok jatuh sebab pijak batu licin tu ramai.kah3.....
eeeeeiiiii...sape pulak ni buat muka macam menyampah ni....hahahahaha..jangan mare...dah siap mandi dan bersalin.opss..macam nk beranak pulak...salin pakaian basah tadi sbenarnya...


Ni muka-muka penat tapi puas..hehehe....thanks semua yang sudi main air sama2..I luv you ols okey, smp mati.promise.

Boring Saturday

Thought I can go to the driving agency today to take my L license but the power of sleep is super duper great that makes me woke up almost noon! About two weeks I'd postponed the date to take that license. Although today I had no class because the co-curriculum class was cancel, I just stay at home doing nothing. This evening there is Pasar Malam at town. Still calculate whether wanna go or not. I am traveling through boring life right now and I hate it because I didn't do anything to 'check out' from that kind of life!

Wednesday, April 17, 2013

Bila Malam.

Malam is longer than siang. setuju? Kalau tak, korang mesti morning person. Sebabnya, anyone yang bangun awal2 pagi ataupun yang bangun subuh pastu tak tido2 balik akan punya masa pagi yang longer than mine.^^ Lagi satu, bila dah tiap2 hari biasa bangun pagi2, mesti malam2 akan tido lebih awal daripada mereka2 yg bangun lewat pagi...Tapi saya bukan morning person. Kalau saya bangun pagi2 pon, jarang saya rasa segar dan bertenaga. Mesti monyok dan tak de mood je nak sembang ataupun buat apa2 kerja. Kalau takde apa2 kuliah or anything yg perlu buat pagi2, I akan pilih tido daripada bangun awal pagi. Mungkin disebabkan cara ni la saya tak boleh tido awal2..Kalau tak pukul 12 mesti tak kan tido punye. kalau dah pagi bangun lambat, malam tido pula lambat, maka i akan peroleh malam yg lebih panjang daripada siang. So, kalau malam2 tak ada kerja penting yang saya buat (kecuali sembang) rasa macam membazir je malam2 sy tu. Bila tgk kakak2 master pergi kelas sebelah malam, macam jeles je. I pon nak kuliah malam2 macam tu jugak. Kuliah pagi pergi pon bukan dapat apa, otak tak boleh nak proses apa2 lagi time tu. Orang cakap pagi2 otak fresh, tapi sy tak rase macam tu. in fact, saya akan rasa mengantuk dan tak kan dapat focus punya lah. Thing that I always did malam2 mcm, main game, tengok cerita, dan online. Macam tak ada life je kan? Sy tgk membe2 malam2 mesti begayut. dah nama bergayut mesti lah dengan Boyfriend kesayangan masing-masing... yang kita ni tak ada yang special macam tu nak buat apa? Melopong je la tengok diorang duk mesej2, duk cakap2 kat henfon, duk skype bagai lagi...eh tapi, I tak jeles pon okay! I pon ada juga kawan yang nk mesej, kol, skype ni, tapi tak nak lah layan. Takut nanti melekat jadi bf pula. Tak nak lah, layan sikit2 boleh la...Bila malam ni, hati rasa macam sayu je, macam rindu kat seseorang pulak, Tapi duk angau kat sape pon tak tau..Malam memang akan dibazirkan macam tu je, duk pikir yang tak penting dan buat perkara yang entah pape. Entah bila la nak berubah malamku ini daripada yang membosankan macam ni kepada yang lebih elok, bagus, seronok, sempurna, bahagia, dan yang penting tak membosankan. Eh, lupa pula. Satu lagi hobi bila malam yang telah lama ditinggalkan ialah, bercakap dengan bintang sambil disaksikan oleh bulan.. Ceh..hebat tak?^^

Gangguan mental

Moody. Bila orang tegur rase macam nak hempuk je...menyampahnye dengar suara-suara orang ni.sakit hati, geram, meluat, semua bercampur baur. Ya Allah...jahat nye perasaan yang aku rasa saat ini. mereka semua tu kawan kesukaan aku, teman di kala suka dan duka, tp kenapa perasaan mcm bangang tu ada je datang menjelma bila dorang tegur. soalan yang ditanya rasa berat aje nak jawab. entah kenapa rasa sekeji itu muncul walaupun hati tak merelakan? Pada siapa harus aku tanyakan, pada siapa harus ku adukan? aku lemah, tak bermaya, aku sakit, aku sedih. dah macam-macam aku buat, aku makan, aku minum berjug air, aku bawak moto laju-laju, aku baca novel, aku tengok drama, aku karok sorang-sorang dalam bilik,aku mandi tengah mlm buta, tapi perasaan-perasaan tu tak hilang-hilang jugak. malah macam makin terok pulak . aku rasa macam aku rindu, tapi tak tahu rindu kat sape. aku rasa aku sakit hati tapi tak tahu untuk apa, aku rasa sedih tapi tak tahu atas sebab apa...hati macam tiba-tiba sedih, termenung, murung, dunia nyata hilang dalam perasaan berkecamuk ini. orang cakap hati perempuan memang macam tu, tiba-tiba sedih tapi tak tahu sebab apa. katanya hati wanita ni lembut sangat sebab tu cepat tersentuh. benda tak de pape pon, tapi tersentuh, tersedih. benda tak de kaitan dengan diri sendiri pon tiba-tiba nak nangis...tapi kalau aku rasa tiba-tiba nk nanges mesti aku pikir airmata aku ni dah banyak sangat kot dalam mata ni, sebab tu dia nak keluar,bukan sbb sedih pon...saje nak sedapkan hati sendiri kot.entah lah..seharian ni aku dok pikir kenapa la aku ada macam-macam perasaan hari ni ni???terutama rasa nk marah kat orang tu...aku ni rasanya bukan suka sngt marah-marah..buat sakit hati sendiri je kn. tp rasa marah hari ni macam sukar pulak nk kawal...bila pikir -pikir sampai ke mlm ni ,baru la aku dapat jawapan yang aku rasanya macam tepat .rupa-rupanye, hari ni first day 'moon' tu datang untuk kali ni...kikikikiki....^^