Monday, May 13, 2013

Perakaunan Untuk Perkilangan - Perakaunan Awalan

Hi ols, Hari ni nak share something pasal perakaunan. Because accounting is my passion, I saje nak refresh balik apa yang dah belajar masa matriculation dulu & masa first semester dekat U...Jangan cakap I dah tak de ape nak share, sebab I share this means I share ilmu. Dan berkongsi ilmu tu dapat pahala okey...^^   This note is about Perakaunan untuk Perkilangan. Nota ni sesuai sangat untuk pelajar-pelajar matrikulasi kos perakaunan sebab I dapat nota ni pon dari my beloved teacher kt Kolej MARA Kuala Nerang. . .



PERAKAUNAN UNTUK PERKILANGAN

1.0 PENGENALAN

Dalam konsep perakaunan untuk perkilangan ini,ia menunjukkan bahawa seorang pengurus perlu bergantung kepada klasifikasi kos untuk tujuan mengendalikan sesebuah oerganisasi perkilangan. Terdapat  beberapa jenis kos yang perlu difahami dan mengetahui kegunaannya terutamanya di dalam perkilangan. Sehubungan itu, dalam bab ini , kita akan menghuraikan secara komprehensif tentang konsep asas kos. Bagi memudahkan perbincangan mengenai konsep asas kos, kos-kos ini diklafikasikan berasaskan kepada penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan. Dengan itu, organisasi perkilangan memerlukan tiga elemen kos perkilangan untuk mengeluarkan keluaran termasuklah bahan mentah langsung,buruh langsung dan juga overhed perkilangan.
            Pengetahuan tentang kos dan gelagatnya amat penting bagi setiap pengurus dalam proses merancang,mengawal dan pembuatan keputusan berkaitan aktiviti perniagaan organisasi.Ini adalah kerana hanya kos yang relevan sahaja yang akan diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan.Pengurus selalunya memerlukan maklumat kos untuk membantu mereka membuat keputusan berkaitan penentuan harga produk,pembelian asset,penamatan segmen perniagaan atau barisan keluaran yang tidak menguntungkan,pengembangan cawangan perniagaan, penilaian prestasi dan sebagainya.

2.0  KEPENTINGAN MAKLUMAT KOS
Maklumat kos adalah sangat penting kepada pengurus untuk pelbagai tujuan antaranya:
2.1 Penilaian Inventori
Apabila wujudnya maklumat kos, maka kos inventori bahan mentah, kerja dalam proses (KDP) dan barang siap iaitu produk dapat ditentukan. Oleh yang demikian,pihak pengurusan perlu mengetahui apakah kos yang perlu diambilkira dalam menentukan nilai inventori. Contohnya, kos produk akan ditentukan berdasarkan kos bahan mentah yang digunakan, buruh langsung dan kos overhed yang terlibat dalam menghasilkan produk siap ini. Kos inventori akan digunakan untuk mengira kos barangan dijual dalam penyata pendapatan dan aset semasa dalam lembaran imbangan.
2.2  Penentuan Untung
Pihak pengurusan perlu mengetahui kos yang akan dimasukkan dalam penyata pendapatan bagi mengira untung bagi tempoh kewangan yang disediakan. Contohnya kos barangan dikilang, kos barangan dijual, belanja jualan, belanja pentadbiran dan sebagainya.
2.3  Perancangan kewangan
Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos tempoh semasa dan masa lepas untuk membuat perancangan kewangan masa hadapan dalan bentuk belanjawan induk ( Belanjawan operasi dan kewangan ) untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Contohnya, maklumat harga belian mentah sekilogram dan berapa kilogram bahan mentah bagi seunit produk akan digunakan untuk menganggarkan kos belian bahan mentah untuk menampung sasaran jualan yang dikehendaki.
2.4   Kawalan Operasi dan penilaian prestasi
Pihak pengurusan memerlukan kos piawai ( standard ) dan kos sebenar yang berlaku bagi tujuan penilaian prestasi dan kawalan operasi perniagan. Ianya bertujuan untuk mengetahui apakah kos operasi yang sebenar digunakan atau dibelanjakan seperti seperti kos piawai yang telah dijangkakan. Contohnya kos buruh langsung yang dijangkakan sebulan adalah RM 15,000, tetapi kos sebenar yang dilibatkan untuk membayar kos buruh langsung adalah RM 18,000 sebulan.Lebihan RM 3,000 ini adalah mungkin disebabkan oleh jam buruh bekerja melebihi jangkaan atau kadar upah yang lebih tinggi. Dengan adanya maklumat kos ini tindakan pembaikan dapat dilakukan dan penilaian prestasi dapat ditentukan.
2.5   Pembuatan keputusan
Pihak pengurusan perlu mengetahui maklumat kos untuk tujuan pembuatan keputusan yang berkaitan dengan penentuan kos produk, perletakan harga, penamatan segmen keluaran, penerusan barisan keluaran, keputusan pembelian dan sebagainya. Dengan adanya maklumat kos, pihak pengurusan akan dapat membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan perniagaan.
3.0 PERBEZAAN KOS DAN BELANJA
Kos adalah apa jua sumber samada tunai atau bersamaan tunai yang perlu dikorbankan atau diserahkan untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang akan memberikan manfaat masa depan kepada organisasi. Kos mana-mana barang atau perkhidmatan yang belum digunakan dan mempunyai potensi ekonomi untuk digunakan pada masa akan datang dipanggil kos belum luput atau aset. Belanja merupakan kos yang luput atau hangus atau kos yang diperuntukkan bagi tempoh semasa seperti belanja gaji, belanja utiliti dan belanja iklan.
Contoh kos
 (kos belum luput = kos aset)
Contoh belanja (kos telah luput)
     Peralatan
     Belanja susutnilai peralatan
     Insurans prabayar
     Belanja insurans
     Inventori bahan mentah
     Bahan mentah diguna
     Bekalan
     Belanja bekalan
Kos kepada objek kos juga boleh berubah mengikut faktor-faktor tertentu. Faktor yang apabila ianya berubah akan menyebabkan jumlah kos bagi objek kos berkenaan turut berubah dipanggil Penggerak Kos (Cost Driver).
Pengerak kos merupakan elemen atau penyebab yang menggerakkan kos untuk berubah samada meningkat atau menurun atau tidak berubah seperti unit jualan, unit pengeluaran, jam buruh langsung, jam mesin, kos bahan mentah dan lain-lain.Contohnya, kos jualan akan meningkat jika unit jualan (penggerak kos) meningkat akibat daripada peningkatan bayaran komisen kepada jurujual dan kos bahan mentah akan meningkat sekiranya unit pengeluaran (penggerak kos) meningkat
4.0  KLASIFIKASI KOS
Seperti yang diketahui, kos boleh dikelaskan kepada beberapa kategori. Tujuan pengkelasan kos dibuat adalah supaya sesuatu proses pembuatan keputusan dapat dibuat dengan mengambil kira kategori kos yang betul. Kelas-kelas kos tersebut boleh kita kelaskan seperti berikut:
  4.1  Kos Perkilangan
Kos perkilangan adalah bersamaan dengan kos pengeluaran yang terdiri daripada bahan mentah langsung,buruh langsung dan overhed kilang.Di dalam kos perkilangan juga terdapat operasi perkilangan,overhed kilang,kos prima dan kos penukaran.Operasi perkilangan ialah satu operasi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap.Operasi bukan perkilangan pula terdiri daripada dua iaitu operasi perdagangan yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang lain.Bahan mentah langsung ialah bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam pengeluaran produk dan boleh dikesan secara langsung terhadap barang atau produk siap contohnya tepung yang digunakan dalam pengeluaran roti. Manakala buruh langsung pula meliputi gaji, upah dan manfaat yang diberi kepada buruh atau pekerja yang terlibat secara langsung dalam penyediaan sesuatu produk siap.Overhed kilang pula merupakan semua kos-kos yang dimasukkan dalam pengeluaran selain daripada bahan mentah langsung dan buruh langsung.Kos prima turut dikenali sebagai kos utama iaitu kos bahan mentah langsung dan buruh langsung yang digunakan dalam pengeluaran produk siap.Kos penukaran pula bersamaan dengan buruh langsung dan overhed.Kedua-dua kos ini dipanggil kos penukaran kerana item kos ini digunakan untuk menukar bahan mentah kepada barang siap.
Kos-kos yang dibincangkan di atas dapat diringkaskan dalam persamaan berikut:


 
Kos Prima                   =          Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung
Kos Penukaran            =          Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
Kos Pengeluaran         =          Kos Prima + Kos Overhed
Kos Pengeluaran         =          Kos Bahan Langsung + Kos Penukaran
Kos Pengeluaran         =          Kos Bahan  Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
* Kos Pengeluaran      =          Kos Produk


  4.2  Kos Bukan Perkilangan
Kos bukan perkilangan adalah kos selain daripada kos perkilangan seperti kos barang  niaga,kos pemasaran dan kos pentadbiran. Kos barang niaga ialah kos untuk  mendapatkan barang niaga dan produk siap yang dijual manakala Kos pemasaran (jualan) pula merupakan kos yang berkaitan jualan dan pemasaran yang memastikan produk siap sampai kepada pengguna contohnya belanja komisen, iklan, sewa pejabat jualan, angkutan jualan dan sebagainya dan kos pentadbiran pula ialah kos untuk menjalankan operasi sesebuah organisasi contohnya gaji pengurus, susutnilai bangunan pentadbiran, belanja bekalan pejabat dan sebagainya.
 
4.3 Pengkelasan Kos Langsung dan Kos Tidak Langsung
            4.3.1   Kos Langsung
Kos langsung adalah kos yang boleh dikesan dan dikenalpasti secara fizikal dan ekonomik kepada sesuatu objek kos yang dilihat atau dinilai. Kos langsung sesuatu objek kos adalah kos yang berkaitan secara langsung dan boleh dikesan secara ekonomik terhadap objek kos seperti jabatan, produk atau segmen dalam keadaan yang nyata. Contohnya, kos bahan mentah langsung dan kos buruh langsung sesuatu produk (objek kos) adalah kos langsung tetapi kos overhed adalah kos tak langsung kerana ia tidak dapat dikenalpasti secara fizikal dan ekonomik ke atas sesuatu produk (objek kos).

4.3.2        Kos Tidak Langsung
Kos tidak langsung adalah kos-kos yang berkaitan sesuatu objek kos tetapi tidak boleh dikesan dan dikenalpasti secara fizikal dan ekonomik keatas objek kos. Kos tak langsung perlu diagihkan kepada beberapa objek kos yang lain. Contohnya, gaji penyelia kilang (overhed kilang) perlu diagihkan kepada beberapa produk (objek kos).

5.0  KOS PRODUK DAN KOS TEMPOH
            5.1 Kos Produk
Kos produk ialah kos yang diinventorikan di mana kosnya dimasukkan dalam pengiraan kos seunit produk.  Kos produk adalah merupakan satu aset kerana apabila produk tersebut tidak dijual, kos tersebut akan tetap berada dalam inventori.Di dalam kes perkilangan, kos produk terdiri daripada bahan mentah lansung, buruh langsung dan overhed kilang.  Kos produk dilihat sebagai ‘dikenakan’ kepada unit produk dan pada titik jualan, kos tersebut akan bertukar menjadi belanja yang dikenali sebagai kos barang dijual.  Dengan kata lain, kos produk tidak akan dianggap sebagai belanja serta merta apabila ia berlaku.Kelas kos dapat disimpulkan seperti rajah di bawah.
kos perkilangan (kos produk):



Bahan mentah langsung


Buruh langsung


Overhed kilang

Bahan yang dapat dikesan dan dikenal pasti secara fizikal dalam penyediaan produk siap
Kos buruh yang terlibat secara langsung dalam menyediakan bahan dan membentuk produk
Semua kos perkilangan yang terlibat ke atas penyediaan produk selain Bahan langsung dan buruh langsung


      5.2 Kos Tempoh 
Kos tempoh adalah kos yang dicaj sebagai belanja pada tempoh ianya berlaku   dan ianya tidak boleh diinventorikan.Di antara contoh yang boleh dilihat sebagai kos tempoh ialah belanja pentadbiran dan jualan (pemasaran). Kos pemasaran ialah kos yang terlibat untuk memastikan barangan sampai kepada pengguna.Kos pentadbiran pula ialah semua kos yang berkaitan dengan pengurusan operasi syarikat.
Ringkasannya boleh dilihat pada rajah di bawah.







Oval: Kos bukan perkilangan (kos tempoh)







 


Kos Pemasaran dan Jualan

Kos yang terlibat untuk memastikan barangan sampai kepada pengguna
Contoh:
Komisen jurujual
Belanja sample
Belanja promosi dan iklan

Kos Pentadbiran

Semua kos yang berkaitan dengan pengurusan operasi syarikat
Contoh:
Gaji kerani
Gaji pengurus
Susutnilai peralatan pejabat
 














6.0  ALIRAN KOS PERKILANGAN
Aliran kos perkilangan bermula dengan kos bahan langsung,kos buruh langsung dan kos overhed kilang.Semua kos itu akan direkodkan ke akaun inventori kerja dalam proses.Apabila produk telah sempurna disiapkan,maka kos-kos produk itu dipindahkan daripada akaun inventori kerja dalam proses ke akaun inventori barang siap.Baki dalam inventori kerja dalam proses merupakan produk yang masih belum siap sepenuhnya.Kemudian jika barang siap dijual,kos barang siap tersebut akan dipindahkan daripada inventori barang siap ke akaun kos barang dijual.


7.0  PENYATA KOS BARANG DIKILANG
Untuk pembuatan keputusan, adalah tidak cukup untuk pihak pengurusan mengetahui berapa banyak kos ditanggung untuk menyediakan produk siap, tetapi mereka juga perlu tahu jenis-jenis kos yang menghasilkan jumlah kos tersebut. Seperti yang diketahui, organisasi perkilangan adalah organisasi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap. Kos-kos yang terlibat adalah terdiri daripada bahan mentah langsung, buruh langsung dan kos overhed.Format untuk mendapatkan kos barang dikilang adalah seperti contoh di bawah



Syarikat Perkilangan...
Penyata Kos Barang Dikilang
Bagi Tahun Berakhir....
Inventori awal bahan langsung                xx
+belian bahan langsung                           xx
xxx
-inventori akhir bahan langsung            (xxx)
Bahan langsung digunakan                                xxx
Buruh langsung                                                  xxx
Overhed kilang:
Bahan tak langsung                               xx
Buruh tak langsung                                xx
Gaji penyelia kilang                               xx
Sewa kilang                                           xx
Susutnilai peralatan kilang                    xx          xxx
Kos Perkilangan Semasa                                                   xxx
+inventori awal kerja dalam proses                                  xxx
xxx
-inventori akhir kerja dalam proses                                  xxx
Kos Barang Dikilang                                                       xxxx

Syarikat Perkilangan....
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir...
Hasil Jualan
-Kos Barang Dijual:
Inventori awal barang siap
+Kos barang dikilang

Kos barang sedia dijual  
-Inventori akhir barang siap

Kos barang dijual

Untung kasar
-Kos tempoh:
Komisen jurujual
Gaji pengurus pejabat
Sewa pejabat

Pendapatan bersih


xxx
xxx

xxx
xxx





xxx
xxx
xxx



xxx







xxx

Xxx



xxx

xxx




Syarikat Perkilangan...
Kunci Kira-kira
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember...
Aset Semasa
Tunai
Inventori:
Bahan mentah
Kerja dalam proses
Barang siap
Akaun belum terima

Jumlah aset semasa
Aset Tetap
Mesin kilang
Premis kilang

Jumlah aset tetap

Jumlah Aset

Liabiliti
Akaun belum bayar
Pinjaman

Jumlah liabiliti
Ekuti Pemilik
Modal

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik


xxx

xxx
xxx
xxx
xxx



xxx
xxx






xxx
xxx









xxx




xxx

xxx







xxx

xxx

xxx


Contoh pengiraan dapat ditunjukkan seperti contoh soalan dan jawapan dibawah
Maklumat berikut telah diperolehi daripada Syarikat Niney bagi tahun berakhir Disember 2008

Belanja pengiklanan
Insurans peralatan kilang
Susutnilai peralatan jualan
Sewa bangunan kilang
Utiliti kilang
Komisen jualan
Cuci bekalan kilang
Susutnilai peralatan kilang
Gaji jualan dan pentadbiran
Penyelenggaraan kilang
Buruh langsung
Belian bahan mentah
RM
215,000
8,000
40,000
90,000
52,000
35,000
6,000
110,000
85,000
74,000
65,000
260,000

Baki inventori pada awal dan akhir tahun 2008 ialah seperti berikut

Bahan mentah
Kerja dalam proses
Barang siap
1 Januari
RM 50,000
RM 48,000
RM 30,000

31 Disember
RM 40,000
RM 33,000
RM 85,000

Jumlah kos perkilangan bagi tahun 2008 ialah RM 675,000.Kos barang sedia dijual berjumlah RM 720,000 dan kos barang dijual ialah RM 635,000.
Dikehendaki:
Sediakan penyata kos barang dikilang bagi Syarikat Niney bagi tahun berakhir 2008

Syarikat Niney
Penyata Kos Barang Dikilang
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2008

Inventori awal bahan langsung
+Belian bahan langsung

Bahan langsung sedia digunakan
-Inventori akhir bahan langsung

Bahan langsung digunakan
Buruh langsung
Overhed kilang:
Insurans kilang
Sewa bangunan kilang
Utiliti kilang
Cuci bekalan kilang
Susutnilai peralatan kilang
Penyelenggaraan kilang

Kos perkilangan semasa
+ Inventori awal kerja dalam proses


-Inventori akhir kerja dalam proses

Kos barang dikilang



RM
50,000
260,000

310,000
40,000




8,000
90,000
52,000
6,000
110,000
74,000

RM






270,000
65,000






340,000

675,000
48,000

723,000
33,000

690,000


Soalan di atas telah menunjukkan contoh bagaimana pengiraan kos barang dikilang dilakukan di mana inventori awal bahan langsung ditambah dengan belian bahan mentah dan kemudian ditolak dengan inventori akhir dan menghasilkan bahan langsung digunakan.Untuk mendapatkan kos perkilangan semasa,bahan langsung digunakan ditambah buruh langsung dan overhed kilang.Seterusnya,kos perkilangan semasa ditambah dengan inventori awal kerja dalam proses dan ditolak dengan inventori akhir kerja dalam proses untuk mendapatkan kos barang dikilang.
Contoh bagi pengiraan penyata pendapatan dan kunci kira-kira adalah seperti berikut:
Syarikat Perkilangan FNA
Penyata Pendapatan
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

Hasil jualan
-KBDJ : Inventori awal barang siap
             + Kos barang dikilang
            
               Kos barang sedia dijual
             -Inventori akhir barang siap

KBDJ

Untung Kasar
-Kos tempoh : Komisen jurujual
                        Gaji pengurus pejabat
                        Sewa pejabat

Pendapatan bersih
RM

400,000
1,500,000

1,900,000
(500,000)




60,000
120,000
20,000

RM
3,000,000






(1,400,000)

1,600,000


(200,000)

1,400,000




Syarikat Perkilangan FNA
Kunci kira-kira
Aset Semasa
Tunai
Inventori :
Bahan mentah
Kerja dalam proses
Barang siap
Akaun belum terima
Jumlah aset semasa
Aset Tetap
Mesin kilang
Premis kilang
Jumlah aset tetap
JUMLAH ASET

Liabiliti
Akaun belum bayar
Pinjaman
Jumlah liabiliti
Ekuiti Pemilik
Modal
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK

700,000

300,000
600,000
500,000
       2,000,000      


700,000
1,000,000


1,500,000
3,000,000







4,100,000



1,700,000
5,800,000



4,500,000

1,300,000
5,800,000
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

Jika dilihat dari contoh soalan di atas,organisasi perkilangan perlu menyediakan penyata kos barang dikilang terlebih dahulu sebelum boleh menyediakan penyata pendapatan bagi mendapatkan pendapatan bersih atau rugi bersih syarikat.Selepas memperolehi jumlah kos barang dikilang,barulah kos barang dijual boleh diperoleh.Selepas penyata pendapatan dilakukan barulah kunci kira-kira boleh dibuat.

8.0  RUMUSAN
Melalui bab ini, pelbagai perkara yang boleh dikenalpasti terutamanya pengiraan yang melibatkan kos untuk perkilangan.Bab ini menunjukkan bagaimana untuk mengenalpasti dan mengira kos prima atau kos utama yang terdiri daripada kos bahan mentah langsung dan kos buruh langsung.Kita juga dapat mengenalpasti kos penukaran iaitu kos dalam menukarkan bahan mentah kepada  barang siap dan kos pengeluaran iaitu kos yang terlibat dalam pengeluaran produk.Kos pengeluaran turut dikenali sebagai kos produk.Di dalam bab ini juga terdapat kos produk dan kos tempoh.Melalui bab ini juga,kita dapat mengenalpasti kos barang dikilang daripada penyata kos barang dikilang.

9 comments:

  1. apakah perbezaan perakaunan untuk firma perkilangan, perdagangan dan perkhidmatan

    ReplyDelete
  2. Komisen jurujual kos tetap ke kos berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos berubah kerana setiap yang dapat setiap bulan komisen yang dapat adalah berbeza.

      Delete
  3. tq atas perkongsian.. sangat berguna untuk saya.. semoga Allah murahkan rezeki awak..

    ReplyDelete
  4. Jazakillah khair jazak atas perkongsian ilmu sgt bermakna..semoga ALLAH berkati ilmu awk dn dinurahkan rezeki awk

    ReplyDelete
  5. tq atas perkongsian. sangat2 membantu

    ReplyDelete
  6. perbezaan sektor perkilangan vs pertanian

    ReplyDelete