Thursday, May 9, 2013

Penatnya jadi seorang pelajar Universiti

Penat...
Seminggu dua ni tak sempat pun nak buka blog. nak update apatah lagi. Sangat-sangat Sibuk bila kena balik kampung mengundi di saat esaimen bertimbun. Bila dah boleh balik kampung faham-faham je lah, mesti tak boleh sekejap. Kalau tak seminggu tu tak sah. Tapi balik kali ni mengalahkan masa cuti mid sem, lebih seminggu kot. Dah kelas banyak yang batal, jadi yang ada satu dua kelas tu aku ponteng je la. Terpaksa sebenarnya. Sebab mulut kata nak pergi, hati je yang tak merelakan. Orang mengundi hari ahad 5 Mei, aku hari ahad 28 April lagi dah gerak balik rumah. Jangan cemburu, tak elok. ^^
Mengundi kali ni adalh untuk pertama kali buat aku. Sebelum ni mana pernah lagi pergi mengundi untuk negara. Mengundi untuk U pun aku tak pernah pergi. Erkk...Bukan tak nak pergi tapi tak sempat. Hehehehe....Biasa la, orang U macam aku ni memang sibuk tapiu tak tahu la sibuk buat apa. Esaimen siap last minit jugak. Sebelum mengundi hari tu rasa berdebar macam nak jawab exam. Bila dah masuk bilik tu, jari pon dah dikaler biru, baru rasa lega. Dapat pangkah parti yang kita sokong dengan tenang. Aku pangkah parti apa tu, biarlah rahsia. Hehehe..rasa macam Siti Nur Haliza pulak cakap macam tu.
Esaimen mak aii, banyak tahap gaban. Bertimbun-timbun, sikit pon tak siap. semua subjek yang ambik sem ni tengah duk bagi esaimen time-time ni. Banyak pulak tuh. Bayangkan lah kena buat dua kajian serentak. Dua kajian tu wei...Aku nak buat satu pon tak tercapai dek akal. Nak pikir tajuk tu pon makan berbulan jugak. Orang dah siap full proposal, aku baru jumpa tajuk yang sesuai. Tak ke kesian tu. Aku sedih wei....T_T   Ni la balasannya cakap jadi student tak strees, tak penat. Nah, akhirnya padan muka dengan diri sendiri, dah dapat merasa kan.....:(

No comments:

Post a Comment